Pasangan mempelai adalah tumpuan utama dalam sesebuah majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir pasti mahu melihat pengantin lelaki dan wanita duduk bersanding di mahligai pelamin indah.
Namun siapa sangka, pengantin wanita dari Indonesia ini terpaksa bersanding seorang diri gara-gara suaminya mempunyai sifat introvert, sangat pemalu dan tidak suka pada majlis keramaian.
Menerusi video tular, pengantin wanita itu dilihat duduk seorang diri pada pelamin di majlis perkahwinannya, dan cuma ditemani dua orang budak kecil disisi.
Pengantin wanita yang dikenali dengan nama Yeyan dilihat menitiskan air mata kerana ketiadaan suami bernama Rahim disisi pada pelamin itu. Difahamkan, Rahim telah melarikan diri hingga membuatkan keluarga pihak perempuan membuat laporan polis.
Akhirnya, pihak keluarga menemui Rahim pulang ke rumah selepas beliau sah menjalankan akad nikah dan bergelar suami. Katanya, beliau terlalu pemalu dan tidak suka berada ditempat yang penuh dengan orang.
Masalah itu akhirnya selesai selepas kedua keluarga berdamai di balai polis.
Sumber: Tiktok