Pengantin Perempuan Mengadu Sakit Perut Malam Pertama, Esoknya Dah Lahirkan Anak

Seorang pengantin lelaki terkejut apabila mendapati isterinya melahirkan seorang bayi perempuan, hanya sehari selepas mereka berkahwin.

pengantin perempuan mengadu sakit perut malam pertama, esoknya dah lahirkan anak

Menurut laporan, kejadian yang berlaku di Telangana, Secunderabad di India ini selepas pengantin perempuan mengadu sakitt perut pada malam pertama perkahwinan mereka di rumah suami.

 

Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran, manakala suami dan mentuanya berada dalam keadaan terkejut serta tidak percaya dengan apa yang berlaku.

 

Wanita itu kemudian melahirkan seorang bayi perempuan selepas hamil tujuh bulan.

 

Pihak pengantin lelaki mendakwa keluarga pengantin perempuan sebenarnya tahu akan kehamilan itu, namun tidak mendedahkannya kepada mereka.

 

Dilaporkan, mereka hanya dimaklumkan bahawa wanita berkenaan akan menjalani pembedahan untuk membuang batu karang, yang menyebabkan perutnya kelihatan seperti buncit.

 

Selepas pembedahan, keluarga lelaki itu enggan menerima wanita berkenaan termasuk bayi yang baru dilahirkan.

 

Kedua-dua keluarga juga sepakat untuk membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

 

Sumber: India.com