Pengantin Lelaki Lari, Pengantin Perempuan Nikahi Bakal Bapa Mentua Sendiri

Seorang wanita tidak menyangka hari bahagianya menjadi penuh dramatik selepas bakal suaminya melarikan diri secara tiba-tiba.

pengantin lelaki lari, pengantin perempuan nikahi bakal bapa mentua sendiri

Kejadian yang berlaku di Obi, Halmahera Selatan dekat Indonesia ini mendapat perhatian ramai bukan kerana bakal suami melarikan diri, tetapi hal yang berlaku selepas itu.

 

Pengantin perempuan meneruskan majlis pernikahan selepas bakal suaminya melarikan diri, bersama dengan bakal bapa mentuanya pula.

 

Ia dilakukan bakal bapa mentua wanita itu kerana ingin menutup malu dengan tindakan anak lelakinya.

 

Menerusi video yang tular, kelihatan seorang lelaki memakai baju batik berlengan panjang, duduk berdepan dengan individu yang didakwa sebagai bapa lelaki tersebut.

pengantin lelaki lari, pengantin perempuan nikahi bakal bapa mentua sendiri

Video kemudiannya diteruskan dengan proses nikah antara bapa lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi menantunya.

 

Menurut laporan, keluarga wanita itu telah hadir ke lokasi akad nikah sebaik sahaja mendapat perkhabaran yang pengantin lelaki hilang tanpa dikesan.

 

“Para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan.

“Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan,” kata abang kepada pengantin wanita berkenaan.

 

@tribunternate Bisa-bisa nya kabur pas mau ijab kabul😔😔untung ada bapaknya #pria #kabur #saat #akan #ijabkabul #digantikan #bapaknya #halmaheraselatan #obi ♬ suara asli - TribunTernate.com

 

Difahamkan, pengantin wanita dan pasangannya sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

 

Mujur ada si bapa kepada pengantin lelaki yang sanggup menjadi pengganti bagi menutup malu atas apa yang berlaku ini.

 

Sumber: Utusan