Pertama Kali Pengadil Bola Sepak Layangkan Kad Putih. Rupanya Ada Maksud!

Dalam satu perlawanan bola sepak, pengadil mempunyai kuasanya tersendiri dalam mengawal perlawanan dengan diberi dua kad, satu berwarna kuning dan satu lagi kad berwarna merah.

 

Namun pernahkah anda melihat pengadil melayangkan kad berwarna putih semasa perlawanan sedang berlangsung?

pertama kali pengadil bola sepak layangkan kad putih. rupanya ada maksud!

Itu yang terjadi dalam satu perlawanan bola sepak wanita antara kelab Benfica dan Sporting Lisbon pada Sabtu lepas, 21 Januari 2023.

 

Semasa tuan rumah Benfica sedang mendahului 3-0, pengadil tiba-tiba meniup wisel sambil melayangkan kad berwarna putih ketika perlawanan menghampiri separuh masa pertama.

pertama kali pengadil bola sepak layangkan kad putih. rupanya ada maksud!

Tindakan pengadil itu membuatkan ramai penonton berasa musykil dan ada yang berfikir pengadil itu menunjukkan warna kad yang salah.

 

Namun sebenarnya apa yang dilakukan pengadil itu mempunyai sebabnya tersendiri.

 

Kad putih itu sebenarnya ditujukan kepada kedua-dua pasukan perubatan yang terpaksa bergegas membantu merawat penonton di stadium yang sedang kesakitan.

 

“Dengan Benfica mendahului 3-0 pada masa itu, kakitangan perubatan dari kedua-dua pihak berlari membantu seorang pemain yang dilaporkan mengadu sakit pada separuh masa pertama.

“Selepas isu itu, pengadil dilihat memberikan kad putih kepada kedua-dua kumpulan kakitangan perubatan, yang disambut dengan sorakan daripada orang ramai di Lisbon,” demikian menurut laporan.

Tindakan melayangkan kad putih adalah sebahagian daripada inisiatif baharu untuk mengiktiraf dan memuji permainan adil semasa permainan. Kad putih juga telah diperkenalkan untuk meningkatkan nilai etika dalam sukan itu.

 

Pegawai Benfica ketika perlawanan kelihatan agak keliru selepas ditunjukkan kad putih, kerana dilayangkan kad sudah tentu biasanya dikaitkan dengan hukuman.

 

Sumber: JOE