Terowong Serendah 1 Meter Tetap Jadi Laluan Utama Di Indonesia

Pelik dah unik, namun itu yang menjadi tarikan tentang terowong di Jawa Tengah, Indonesia yang dibina sempit serta terlalu rendah pada suatu ketika dahulu.

terowong serendah 1 meter tetap jadi laluan utama di indonesia

Pun begitu, terowong terbabit yang mempunyai ketinggian hanya 1 meter, masih menjadi pilihan dan laluan utama penduduk setempat untuk ke keluar ke pekan.

 

Difahamkan terowong ini sudah lama dibina di bawah laluan landasan kereta api semasa zaman penjajahan Belanda dahulu, dan sehingga kini masih digunakan penduduk untuk ke pekan Kecamatan Ketanggungan.

terowong serendah 1 meter tetap jadi laluan utama di indonesia

Meskipun ada laluan lain yang lebih selamat telah dibina, penduduk masih memilih laluan ini kerana menurut mereka ia lebih pantas dan cepat.

 

Mereka yang melalui jalan ini perlu membongkokkan badan dan hanya boleh dilalui pejalan kaki serta pengguna motosikal sahaja.

terowong serendah 1 meter tetap jadi laluan utama di indonesia

Disebabkan ia menjadi laluan utama penduduk, maka beberapa pegawai polis ditempatkan disitu bagi mengawal lalu lintas dan membantu mereka menggunakan terowong itu dengan selamat.

 

Sumber: [1]