Larangan Menyanyi Pada Penduduk Sepanjang Perintah Berkurung Di China

Penduduk yang sedang menjalani perintah berkurung di bandar Juiting, Shanghai dekat China telah diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya tidak menyanyi sepanjang tempoh mereka menjalani kuarantin.

larangan menyanyi pada penduduk sepanjang perintah berkurung di china

Amaran itu dinyatakan menerusi dron pemerintah yang diterbangkan ke kawasan kejiranan.

.

Menurut amaran itu, semua penduduk diingatkan untuk patuh kepada peraturan sekatan COVID-19 dan tidak keluar bebas. Mereka juga diingatkan untuk tidak buka tingkap atau menyanyi seperti kebiasaannya.

larangan menyanyi pada penduduk sepanjang perintah berkurung di china

Ia berikutan aktiviti menyanyi boleh meningkatkan risiko penyebaran virus COVID-19 dalam masyarakat.

.

Namun begitu, arahan itu telah menimbulkan kemarahan ramai. Penduduk bukanlah menyanyi seperti yang dinyatakan dron pemerintah, sebaliknya mereka menjerit untuk meminta bekalan makanan.

.

Perintah berkurung yang dilaksanakan itu juga telah menghalang sumber bantuan asas untuk dihantar ke kawasan terjejas. Penduduk juga telah menghubungi pihak berkuasa tempatan setiap hari berhubung masalah ini, namun mereka masih belum menerima sebarang maklum balas.

.

Sumber: [1]