Penduduk Setempat Terkejut Jumpa Kesan Tapak Kaki Saiz Gergasi di Pantai

Penduduk setempat di sekitar kawasan pantai dekat Devon, England terkejut apabila mereka menemui kesan tapak kaki bersaiz gergasi yang dipercayai milik makhluk dikenali sebagai ‘Bigfoot’.

penduduk setempat terkejut jumpa kesan tapak kaki saiz gergasi di pantai

Menurut laporan, jejak kaki misteri itu datang dari kawasan hutan berhampiran dan mengikuti laluan pantai sejauh kira-kira 20-meter sebelum ia kembali semula ke hutan.

 

“Kesan jejak itu besar. Saya bersaiz (kaki) 11 dan ia bersaiz separuh lebih besar. Jelas sekali ia tapak kaki dengan setiap jejak amat sempurna seperti yang anda boleh lihat dalam gambar yang dirakam,” kata salah seorang daripada kumpulan yang menemui jejak kaki misteri itu.

penduduk setempat terkejut jumpa kesan tapak kaki saiz gergasi di pantai

Sebelum ini terdapat laporan mengenai penemuan kesan tapak kaki seperti itu di Britain, namun tidak dapat disahkan ia milik makhluk apa.

 

Beberapa pakar berpendapat tapak kaki itu adalah daripada makhluk cerita dongeng Bigfoot, seperti yang sering disebut oleh kebanyakkan penduduk di Britain.

penduduk setempat terkejut jumpa kesan tapak kaki saiz gergasi di pantai

Sumber: Kosmo!