Baru-baru ini, penduduk di Jalan Guntur, Garut dekat Jawa Barat digemparkan dengan penampakan kelibat seakan pocong sedang bertenggek di atas sebuah papan iklan.
Video berdurasi 21 saat yang dirakam itu menjadi tular dan mencuri perhatian ramai warganet.
Bagaimanapun, selepas disiasat rupanya lembaga yang duduk atas papan iklan di tepi jalan itu adalah sebahagian daripada prop pada iklan yang dipaparkan.
Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Sumber Manusia Polis Perbandaran Garut, Tubagus Agus Sofyan.
“Benar (imej pocong) tetapi ia bukan hantu. Itu hanya patung.
“Menurut penduduk setempat, ia adalah promosi iklan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen video yang tular, raya-rata warganet berasa seram melihat lembaga berkenaan, sambil ada yang memuji cara promosi iklan yang dibuat.
Sumber: Kosmo! / Tiktok