Penduduk Kampung Ini Enggan Kawasan Mereka Ada Signal Internet

Masa kini, internet dilihat sudah menjadi salah satu keperluan dalam hidup buat kebanyakkan kita. Ada yang menggunakan internet untuk tujuan belajar, dan ada juga yang menggunakannya sebagai sumber rezeki.

 

Kebiasaannya, penduduk setempat menuntut agar sambungan internet dikawasan mereka dibekalkan dengan baik dan sempurna.

 

Berbeza dengan komuniti orang asli di wilayah Banten, Pulau Jawa, yang menuntut agar akses internet di kawasan mereka untuk disekat, bagi mengelakkan kesan negatif diterima mereka daripada telefon pintar dan dunia dalam talian.

penduduk kampung ini enggan kawasan mereka ada signal internet

Menurut laporan AFP, penduduk disitu yang dikenali sebagai Orang Asli Baduy telah menulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa agar menara telekomunikasi berhampiran kawasan mereka tinggal dialihkan supaya tiada isyarat internet sampai kepada mereka.

penduduk kampung ini enggan kawasan mereka ada signal internet

Tujuan mereka hanya untuk mengasingkan diri daripada masyarakat luar kawasan dan juga pengaruh tidak sihat zaman moden.

 

Surat yang dikirim mereka juga telah diterima dan pihak berkuasa bersetuju untuk berbincang dengan Kementerian Penerangan Indonesia untuk memenuhi permintaan berkenaan.

 

Sumber: Asia News Network