Penduduk Kampung Ini Guna Lagu Khas Untuk Panggil Sesama Mereka

Kongthong, sebuah perkampungan kecil yang terletak dalam negeri Meghalaya, India, mempunyai keunikkannya tersendiri.

penduduk kampung ini guna lagu khas untuk panggil sesama mereka

Perkampungan yang pernah mendapat pengiktirafan nombor 1 dalam Best Tourism Village oleh United Nations World Tourism Organisation ini mempunyai satu adat yang cukup unik, iaitu setiap penduduknya akan mempunyai lagu untuk nama mereka sendiri, yang mana menjadi identiti mereka hingga dewasa.

 

Mempunyai sekitar 650 orang penduduk, keunikkan Kongthong dalam memberikan lagu kepada setiap penduduknya menjadikan perkampungan ini turut dikenali sebagai kampung bersiul di India.

penduduk kampung ini guna lagu khas untuk panggil sesama mereka

Disebut sebagai jingrwai iawbei, iaitu 'lagu nenek' , ia menjadi tradisi di Kongthong selagi sesiapa sahaja boleh ingat. Tiga puak yang pernah menetap di kampung ini suatu ketika dahulu percaya bahawa menggunakan lagu untuk nama semasa memburu di hutan dapat menjauhkan diri daripada roh jahat.

 

Selama bertahun-tahun juga, bunyi-bunyian seperti wisel menerima fungsi yang lebih praktikal, kerana ia memudahkan penduduk tempatan untuk memanggil satu sama lain dalam jarak yang jauh.

penduduk kampung ini guna lagu khas untuk panggil sesama mereka

Setiap bayi yang baru lahir di Kongthong diberikan jingrwai iawbei yang unik oleh ibu mereka. Secara teknikanyal, mereka diberi dua lagu, kerana setiap lagu mempunyai versi pendek, yang digunakan sebagai sejenis nama panggilan apabila pembawanya berada dalam jarak dekat, dan versi panjang digunakan pada jarak jauh misalnya apabila seseorang perlu memanggil seseorang itu dari atas gunung atau lembah.

Selain Kongthong, terdapat satu lagi kawasan di Turki, iaitu Kuskoy yang juga menggunakan bunyi dan lagu untuk memanggil antara mereka.

 

Sumber: [1]