Kumpul Ribuan Nyamuk Dan Hidang Macam Daging Burger, Katanya Tinggi Protein?

Nyamuk merupakan serangga yang biasanya hidup dengan menghisap darah. Pun begitu ada juga spesis nyamuk yang menghisap madu serta jus buah-buahan.

 

Di Afrika, nyamuk bukan dilihat sebagai ‘musuh’, sebaliknya ia adalah antara sumber makanan kepada segelintir penduduk disana.

kumpul ribuan nyamuk dan hidang macam daging burger, katanya tinggi protein?

Musim panas adalah waktu yang ditunggu oleh penduduk ini kerana ketika ini nyamuk akan berada di mana-mana tempat disebabkan suhu tinggi yang memaksa serangga itu untuk keluar.

 

Ketika nyamuk banyak sedang keluar, penduduk disini akan menangkap sebanyak mungkin nyamuk dengan menggunakan peruk atau kuali, sebelum ia pengsan di dalamnya.

 

Nyamuk yang pengsan seterusnya akan disimpan untuk membuat makanan seperti kuih nyamuk atau daging burger nyamuk. Bagi penduduk di Afrika, hidangan ini adalah antara hidangan yang mewah.

kumpul ribuan nyamuk dan hidang macam daging burger, katanya tinggi protein?

Nyamuk yang ditangkap akan dibungkus padat dalam bekas sebelum ia diikat menggunakan tangan dan dihancurkan berulang kali dengan menekannya menjadi bentuk kek. Ada penduduk Afrika yang memakan daging nyamuk ini dengan menggorengnya tanpa sebarang perasa supaya rasa ali nyamuk itu dapat dikekalkan.

kumpul ribuan nyamuk dan hidang macam daging burger, katanya tinggi protein?

Selain menggoreng, nyamuk itu juga dimasukkan dalam periuk untuk dikukus dan selepas 20 minit, hidangan kuih nyamuk sudah siap dihidang untuk di makan.

kumpul ribuan nyamuk dan hidang macam daging burger, katanya tinggi protein?

Dianggarkan sebanyak hampir 500,000 ekor nyamuk diperlukan untuk menghasilkan satu kepingan daging burger nyamuk. Ia juga dikatakan tinggi protein sehingga tujuh kali ganda lebih baik berbanding daging lembu.

 

Sumber: iMedia / Youtube