Penduduk Disaran Makan Ulat dan Serangga Atasi Kebuluran

Bagi mengatasi masalah kebuluran, penduduk di benua Afrika disarankan untuk mencuba hidangan berasaskan serangga atau ulat yang kaya dengan nutrein.

penduduk disaran makan ulat dan serangga atasi kebuluran

Ia adalah sebagai salah satu alternatif makanan dalam usaha mengurangkan masalah kebuluran penduduk setempat seperti di Zimbabwe dan Republic Demokratik Congo (DRC).

 

Perkara itu disuarakan oleh agensi projek bantuan yang dibiayai oleh Britain dengan kos perbelanjaan AS$57,000 (RM255,018) di DRC dan AS$346,000 (RM1.5 juta) di Zimbabwe.

 

Antara ulat dan serangga yang dicadangkan adalah seperti ulat Afrika, belalang migrasi, cacing mopane dan lalat askar hitam.

penduduk disaran makan ulat dan serangga atasi kebuluran

Cacing mopane misalnya biasa dimakan bersama bubur, bijirin dan buah-buahan. Hidangan ini dikatakan menawarkan semua vitamin dan mineral penting seperti fosforus, kalium, besi, tembaga, zink, mangan, natrium, serta vitamin B1 dan B2.

 

Sumber: Kosmo!