Penduduk Gempar ‘Penanggal’ Masuk Rumah Wanita Hamil [Video]

Penduduk kampung di Barito dekat wilayah Kalimantan Tengah, Jakarta, Indonesia gempar apabila makhluk aneh yang didakwa hantu penanggal masuk ke sebuah rumah yang mempunyai wanita hamil.

penduduk gempar ‘penanggal’ masuk rumah wanita hamil [video]

Menurut laporan, hantu berkenaan dikatakan masuk ke rumah tersebut melalui tingkap bilik.

 

Seorang penghuni rumah yang juga merupakan wanita hamil menjerit ketakutan selepas melihat kehadiran makhluk itu, menyebabkan jiran-jiran berkumpul dikawasan rumahnya.

 

Menerusi video tular di X, beberapa penduduk dilihat cuba mencari hantu penanggal yang didakwa muncul itu menggunakan lampu suluh.

 

 

Malah rakaman menerusi CCTV juga menunjukkan dengan jelas susuk makhluk yang hanya mempunyai kepala dan organ dalaman itu masuk ke dalam rumah tersebut.

penduduk gempar ‘penanggal’ masuk rumah wanita hamil [video]

 

@seremnyaa

Ditempatmu Namanya Kuyang Juga

♬ suara asli - seremnya ✪

 

“Pelbagai jenis ilmu hitam diamalkan oleh orang dahulu di tempat saya di pedalaman Kalimantan.

“Antaranya adalah panguluh (manusia separa kerbau), sandah (gadis separuh hantu) dan penanggal. Waktu saya kecil dahulu banyak kejadian dikejar (makhluk-makhluk misteri),” demikian menurut seorang netizen.

 

Sumber: X benbela