Raih Kutipan Lebih RM4.2 Juta, Peminta Sedekah Ini Mahu Terus Minta Sedekah

Meminta sedekah adalah satu aktiviti sosial yang melibatkan permintaan bantuan atau sumbangan dari individu untuk membantu mereka yang memerlukan atau untuk diri mereka sendiri.

raih kutipan lebih rm4.2 juta, peminta sedekah ini mahu terus minta sedekah

Aktiviti ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat sejak zaman purba lagi. Dalam budaya dan agama tertentu, meminta sedekah dianggap sebagai satu bentuk amalan kebajikan yang dianjurkan.

 

Seorang lelaki yang juga peminta sedekah di Mumbai, India, telah menghabiskan 10 hingga 12 jam sehari, kini menjadi peminta sedekah paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaan sebanyak Rs 7.5 crores (kira-kira RM4,237,009)

raih kutipan lebih rm4.2 juta, peminta sedekah ini mahu terus minta sedekah

Lelaki bernama Bharat Jain itu tidak mempunyai latar belakang pendidikan formal disebabkan kemiskinan, dan beliau meraih pendapatan menerusi aktiviti meminta sedekah.

 

Menurut laporan, Bharat berjaya mengutip sehingga RM141 sehari dan mencecah RM4,237 sebulan daripada hasil sedekah yang diberikan orang ramai kepadanya.

 

Selepas bertahun-tahun melakukan aktiviti meminta sedekah ini, Bharat berjaya membeli sebuah rumah bernilai Rs 1.2 crore (kira-kira RM960,113) dan dua unit rumah kedai untuk dijadikan sewa sebanyak RM1,694 sebulan.

 

Malah, keluarganya iaitu isteri, dua anak, abang dan bapanya juga hidup selesa dalam sebuah rumah jenis duplex. Anaknya juga telah dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

 

Meskipun sudah menjadi kaya, Bharat enggan berhenti daripada meminta sedekah dan meneruskan aktiviti itu walaupun dinasihatkan oleh keluarganya untuk berhenti meminta.

 

Sumber: India Times