Peminat Bola Layan Piala Dunia Sambil Kena Bedah, “Patut Beri Trofi,”

Seorang peminat bola sepak telah menonton perlawanan Piala Dunia FIFA dalam keadaan dirinya sedang dibedah.

peminat bola layan piala dunia sambil kena bedah, “patut beri trofi,”

Foto lelaki itu dibedah sambil menonton TV telah menjadi tular dan dikongsi semula oleh pengusaha terkenal India, Anand Mahindra di Twitter.

 

Kejadian berlaku di Poland selepas lelaki itu meminta kebenaran doktor untuk menonton perlawanan antara Wales dan Iran kerana tidak mahu terlepas perlawanan ini.

 

"Dia meminta kebenaran doktor kerana tidak mahu terlepas perlawanan antara Wales dan Iran dan akhirnya set TV dibawa masuk ke bilik bedah sebelum lelaki itu diberikan bius separuh badan (spinal anaesthesia)," ujarnya.

 

Ujar Anand, lelaki itu layak diberikan trofi disebabkan semangatnya untuk menonton perlawanan Piala Dunia meskipun dalam keadaan tidak mengizinkan.

 

 

Foto itu tular dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial.

 

Sumber: Twitter