Kos Tukar Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Nekad Letupkan Kereta

Kereta jenama Tesla merupakan produk kereta elektrik bersama ciri pintar yang cukup canggih pada masa ini.

 

Kereta tersebut menggunakan kuasa bateri yang jauh lebih besar daripada kereta biasa yang menggunakan petrol. Maka, kos menukar baterinya juga menjadi lebih tinggi daripada bateri kereta biasa.

 

Disebabkan itu, seorang pemilik Tesla Model S keluaran 2013 telah nekad untuk meletupkan sahaja kereta Teslanya itu kerana tidak mampu menampung kos menukar bateri yang sangat mahal.

kos tukar bateri mahal sangat, pemilik tesla nekad letupkan kereta

Toumas Katainen berkata 1,500km pertama bersama Teslanya adalah sangat baik, namun tidak lama kemudian keretanya sering memaparkan kod error hingga memaksanya untuk meninggalkan kereta itu di bengkel selama sebulan.

kos tukar bateri mahal sangat, pemilik tesla nekad letupkan kereta

Menurut bengkel, kos menukar bateri Tesla memakan hingga $22,600 (lebih RM95,000).

 

Merasakan harga menukar bateri baharu itu seperti tidak masuk akal, Toumas kemudian memasang 30kg dinamit pada kereta tersebut yang diletakkan di kawasan lombong kuari di Finland. Satu letupan kuat terhasil, dan akhirnya meninggalkan sebahagian kecil dari rangka kereta itu bersama tayar dan rim.

kos tukar bateri mahal sangat, pemilik tesla nekad letupkan kereta

kos tukar bateri mahal sangat, pemilik tesla nekad letupkan kereta

kos tukar bateri mahal sangat, pemilik tesla nekad letupkan kereta

Toumas merasa bangga dengan pencapaian untuk meletupkan keretanya itu dan tidak meminta sumbangan atau bantuan kewangan dari sesiapa walaupun ramai yang ingin menyumbang kepadanya.

 

Sumber: [1] [2]