Logo Nampak Sama, Pemilik Star Wars Saman Kedai Cuci Kereta Guna Nama ‘Star Wash’

LucasFilm, syarikat yang memegang hak cipta kepada jenama Star Wars, telah bertindak saman keatas sebuah kedai mencuci kereta, Star Wash.

logo nampak sama, pemilik star wars saman kedai cuci kereta guna nama ‘star wash’

Kedai mencuci kereta yang diusahakan sebuah keluarga kecil di Santiago de Chile didapati telah melakukan kesalahan apabila dengan sengaja menggunakan nama serta logo yang menyerupai logo asal francais Star Wars.

logo nampak sama, pemilik star wars saman kedai cuci kereta guna nama ‘star wash’

Menurut LucasFilm, tindakan Star Wash boleh menyebabkan kekeliruan dan ia jelas melanggar hak cipta yang dipegang oleh mereka selama ini, meskipun Star Wash menjalankan perniagaan mencuci kereta yang jelas berbeza dengan apa yang dilakukan Star Wars.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Star Wash (@starwashchile)

 

Tindakan saman itu sebaliknya telah menarik perhatian ramai apabila kedai mencuci kereta itu semakin hari semakin banyak menerima pelanggan. Lebih menarik, pekerja kedai Star Wash kini dilihat memakai kostum seperti Darth Vader dan Chewbacca daripada filem Star Wars sendiri.

logo nampak sama, pemilik star wars saman kedai cuci kereta guna nama ‘star wash’

Menurut pemilik kedai mencuci kereta itu, saman yang dikenakan keatas mereka jelas menjejaskan perniagaan kerana mereka hanya sebuah kedai kecil.

 

Isu pelanggaran hak cipta bukan suatu yang boleh dipandang remeh. Terbaru, pempengaruh, Khairul Aming, telah mengambil tindakan terhadap seorang individu yang menggunakan nama dan pembungkusan mirip sambal yang dihasilkannya selama ini.

 

Baca juga:  “Nampak Sama Tapi Bukan Dia,” Khairul Aming Ambil Tindakan Isu Sambal ‘Diciplak’

 

Sumber: Oddity Central