Sejak penularan wabak COVID-19, banyak sektor yang terjejas takkala orang ramai mulai duduk berkurung di rumah sahaja. Ia termasuklah sektor kedai makan atau restoran, dimana pelanggan mulai berkurangan, malah ada yang terpaksa gulung tikar.
Sama kisahnya dengan seorang pemilik restoran di Brussels yang mengadu merindui pelanggannya sejak perniagaannya dipaksa menghentikan operasi sejak Oktober lalu dibawah undang-undang negara Belgium.
Untuk tidak merasa ‘kosong’, pemilik restoran berkenaan, Therese Mahieu kini meletakkan patung boneka pada kerusi dalam restorannnya sambil dihidangkan makanan serta dituangkan minuman.
Patung boneka itu juga dipakaikan rambut palsu, topi dan skaf agar ia kelihatan menarik. Mahieu juga meluahkan rasa ‘gembira’ selepas mendapati restorannya kini dipenuhi ‘pelanggan’.
Untuk rekod, Belgium merupakan antara negara dengan kematian tertinggi akibat COVID-19 per kapita di dunia.
Sumber: Astro Awani