Pemilik Kereta Ini Bina Tandas Duduk Siap Paip Dalam Fortuner Miliknya

Pernahkah anda terperangkap dalam trafik dan tiba-tiba merasakan mahu ke tandas? Namun masalahnya, tiada tandas terdekat yang boleh anda lawati ketika itu.

 

Jika anda dalam situasi diatas, sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi tandas jenis duduk berserta paip air pastinya sesuai dengan anda.

pemilik kereta ini bina tandas duduk siap paip dalam fortuner miliknya

Satu klip video Revokid Vlogs menunjukkan model Toyota Fortuner versi dipertingkatkan (2021) varial diesel mempunyai ruang rahsia iaitu tandas duduk yang pastinya bermanfaat untuk pemanduan jarak jauh.

 

Pengubahsuaian ini dilakukan oleh Ojes Garage dari India dengan mengekalkan aspek luaran SUV itu, kecuali rim yang diubah kepada tayar 18 inci BF Goodrich AT.

pemilik kereta ini bina tandas duduk siap paip dalam fortuner miliknya

Tandas berkenaan diletakkan pada salah satu kerusi dibarisan ketiga dan seseorang yang mahu menggunakannya perlu memasuki melalui kerusi di barisan kedua yang dilipatkan.

pemilik kereta ini bina tandas duduk siap paip dalam fortuner miliknya

Media tempatan turut mendakwa mungkin Toyota Fortuner ini adalah pertama seumpamanya dilengkapi dengan ciri tandas duduk yang lengkap dengan paip air. Bagaimanapun kos pembinaan tandas dalam SUV itu tidak pula didedahkan kepada umum.

 

Sumber: Cartoq