Video Pembaca Berita Tertelan Lalat Ketika Siaran Langsung Tular

Video seorang pembaca berita telah tertelan lalat ketika sedang bersiaran langsung kini menjadi tular di media sosial.

video pembaca berita tertelan lalat ketika siaran langsung tular

Pembaca berita bagi saluran televisyen Global News Canada, Farah Nasser bagaimanapun tidak berasa jijik malah beliau turut berkongsi bagaimana dia boleh tertelan serangga perosak itu ketika sedang bersiaran langsung.

 

“Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam Twitter.

video pembaca berita tertelan lalat ketika siaran langsung tular

Ketika kejadian, Farah sedang menyampaikan berita mengenai banjir di Pakistan. Namun secara tiba-tiba, beliau kelihatan seperti tercekik dan diam seketika.

 

Wanita itu kemudian kembali menyambung membaca berita seperti tiada apa yang berlaku.

Video yang tular itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet menyifatkan Farah sebagai profesional kerana masih mampu meneruskan membaca berita.

 

“Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh.

 

Sumber: Utusan