Pemandu Van Jenazah Dengar Suara Wanita Mengaji Saat Pandu Seorang Diri [Video]

Seorang pemandu van jenazah berdepan dengan peristiwa menyeramkan apabila terdengar suara wanita sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran, saat sedang memandu seorang diri pada waktu malam.

pemandu van jenazah dengar suara wanita mengaji saat pandu seorang diri [video]

Menerusi video tular, pemandu van jenazah itu sempat merakamkan peristiwa misteri itu yang mana kedengaran jelas suara wanita seperti sedang mengaji.

 

Katanya, ketika kejadian beliau keseorangan dan baru sahaja selesai menghantar jenazah sekitar jam 2 pagi.

pemandu van jenazah dengar suara wanita mengaji saat pandu seorang diri [video]

Disebabkan keadaan jalan yang sunyi, pemandu itu memberanikan diri untuk merakam peristiwa misteri tersebut kerana risau akan terjadi sesuatu perkara tidak diingini.

 

“Terdengar jelas suara wanita mengaji selepas menghantar jenazah sekitar jam 2 pagi.

“Jalan sunyi sepi, lalu saya rakam situasi itu kerana takut sesuatu terjadi kepada saya.

“Selepas sampai dirumah, saya mainkan semula rakaman dan ternyata ada suara wanita sedang mengaji,” tulis individu itu menerusi ruangan kapsyen.

 

@davidambulance terdengar jelas suara wanita ngaji setelah pengantaran jenazah tujuan labuhan sedangkan saya perjalanan pulang sendiri tanpa co sekitar jam 2.00 dinihari karna memang jalan sepi inisiatif record situasi jalan takut terjadi sesuatu setelah di play dirumah tiba2 ada suara wanita ngaji. mudah mudahan bertanda baik untuk saya dan keluarga saya amiin#cctvambulanceindonesia #horror #ambulanceindonesia #ambulantangerang #ambulanjabodetabek ♬ suara asli - davidambulance

 

Bagaimanapun pemandu van itu berkata beliau berharap kejadian itu adalah petanda yang baik buat diri dan keluarganya.

 

Sumber: Tiktok