Pemandu Trak Jumpa Mutiara Oren Kedua, Netizen Dakwa Dragon Ball Wujud

Bulan lalu, seorang nelayan telah menemui satu mutiara oren bernilai 250,000 pound (kira-kira RM1.3 juta) di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand.

pemandu trak jumpa mutiara oren kedua, netizen dakwa dragon ball wujud
 
Tidak lama kemudian, seorang pemandu trak telah menemui mutiara oren yang serupa dan kali ini ia dari dalam cengkerang siput epal, juga berlaku di Thailand.

pemandu trak jumpa mutiara oren kedua, netizen dakwa dragon ball wujud
 
Mothian Jansuk, 40, membeli siput itu pada harga 50 bath (kira-kira RM6.80) dari pasar berdekatan rumahnya. Setibanya di rumah, beliau dan isteri mendidihkan makanan itu untuk dijadikan hidangan makan malam.

pemandu trak jumpa mutiara oren kedua, netizen dakwa dragon ball wujud
 
Anaknya yang cuba memakan siput berkenaan mengadu sukar mengigitnya kerana ia keras. Pada awalnya, mereka sekeluarga menyangka ia adalah telur siput selepas menemui objek berbentuk bulat sebesar duit syiling dalam siput terbabit.

pemandu trak jumpa mutiara oren kedua, netizen dakwa dragon ball wujud
 
Namun siapa sangka, ia bukanlah telur siput semata-mata, sebaliknya ia adalah mutiara oren yang amat jarang ditemui di dunia.
 
“Keluarga dan jiran saya berkumpul untuk melihat mutiara itu dan bersetuju kami tidak pernah melihat penemuan seperti ini sebelum ini.
“Sudah tentu, kami mahu memastikan ini adalah mutiara yang bernilai tinggi dan naluri saya kuat mengatakan kami boleh mendapat banyak duit daripadanya. ,” katanya.

pemandu trak jumpa mutiara oren kedua, netizen dakwa dragon ball wujud
 
Kisah lelaki ini menemui mutiara oren telah menarik perhatian ramai khasnya warganet yang juga percaya akan kewujudan ‘Dragon Ball’ yang sebenar.

pemandu trak jumpa mutiara oren kedua, netizen dakwa dragon ball wujud
 
Sumber: Daily Mail