Gara-Gara Ikut Google Maps, Pemandu Beca Terpaksa Lawan Arus [Video]

Gara-gara terlalu mengikut kepada aplikasi pemetaan Google Maps, seorang pemandu beca berenjin (bajaq) telah dilihat memandu secara melawan arus hingga membahayakan pemandu lain.

gara-gara ikut google maps, pemandu beca terpaksa lawan arus [video]

Kejadian berlaku di tol Jakarta-Tangerang selepas sebuah beca dilihat memandu pada arah berlawanan menerusi rakaman pemandu kereta.

Ekoran daripada itu, Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Ass. Komisioner Andy Pradana berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan menahan pemandu beca berkenaan.

gara-gara ikut google maps, pemandu beca terpaksa lawan arus [video]

Pemandu beca itu mengaku bersalah kerana memandu lawan arus gara-gara terlalu khusyuk mengikut arahan pada Google Maps dan tidak sedar papan tanda arahan di tepi jalan.

 

“Alasannya adalah dia mengikuti aplikasi Google Maps sehingga tidak melihat papan tanda jalan sebelum kawasan Tomang,” ujarnya.

 

Pemandu beca itu akhirnya dibebaskan dan tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

 

Sumber: Kosmo! / Tiktok