Bumbung Bas Bocor, Pemandu Terpaksa Drive Pegang Payung Sebelah Tangan [Video]

Seorang pemandu bas terpaksa memandu dengan menggunakan payung gara-gara bumbung bas yang mengalami kebocoran.

bumbung bas bocor, pemandu terpaksa drive pegang payung sebelah tangan [video]

Menerusi video yang tular, pemandu itu dilihat memandu dengan sebelah tangan memegang stering bas, manakala sebelah tangan lagi memegang payung untuk mengelakkan diri daripada kebasahan.

bumbung bas bocor, pemandu terpaksa drive pegang payung sebelah tangan [video]

Difahamkan, insiden itu berlaku di daerah Gadchiroli di Maharashtra, India.

 

 

Keadaan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk ada yang mempertikaikan mengenai keadaan bas awam yang rosak di negara berkenaan.

 

Pengurus bas, Chandrabushan Ghahargunde berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara berkenaan dan sedang melakukan siasatan lanjut.

 

Sumber: India.com