Seram! Pemandu Bas Nampak Kelibat ‘Individu’ Dalam Kamera Tapi Realitinya Tiada Siapa

Mungkin ada antara kita yang pernah berhadapan dengan situasi mistik dan detik menyeramkan dalam hidup.

 

Seorang pemandu bas di Singapura telah berhadapan situasi menakutkan apabila beliau terlihat kelibat seseorang pada tempat duduk penumpang menerusi kamera CCTV, namun hakikatnya tiada sesiapa pun disitu.

pemandu bas nampak kelibat ‘individu’ dalam kamera tapi realitinya tiada siapa

Kejadian berlaku pada 13 Februari selepas pemandu bas dua tingkat itu baru hendak memulakan kerja pada jam 7 pagi. Ketika itu, beliau terlihat susuk tubuh seseorang berada pada tingkat atas tempat duduk penumpang lantas meminta ‘individu’ itu untuk turun.

pemandu bas nampak kelibat ‘individu’ dalam kamera tapi realitinya tiada siapa

Selepas ‘individu’ itu tidak memberikan sebarang respons, pemandu bas terbabit naik ke bahagian atas untuk melihat sendiri siapakah gerangan yang berada disitu. Namun alangkah terkejutnya beliau apabila didapati tempat duduk penumpang bahagian atas itu adalah kosong.

pemandu bas nampak kelibat ‘individu’ dalam kamera tapi realitinya tiada siapa

“Rakaman ini diambil oleh pemandu bas. Dia perasan seseorang sedang duduk di dek atas tetapi setahunya bas itu benar-benar kosong.

“Dia memutuskan untuk memeriksanya dan mengejutkan beliau tiada sesiapa di sana. Rakaman ini diambil pada waktu pagi,” tulis pada kapsyen video.

Tidak dapat dipastikan apakah kelibat yang dilihat pemandu bas ini namun yang pasti ia sangat menyeramkan!

 

Sumber: Youtube