Jika anda pernah menonton filem Harry Potter, pasti anda tahu akan kewujudan kain pelindung lutsinar, yang memboleh seseorang itu tidak kelihatan di alam sebenar apabila pakai.
.
Namun siapa sangka kain pelindung itu kini benar-benar wujud dan mempunyai fungsi sama yang boleh membuatkan seseorang atau apa jua objek menjadi lutsinar dan tidak kelihatan.
Syarikat Invisibility Shield Co. yang bertempat di United Kingdom (UK) telah menghasilkan pelindung itu menggunakan teknologi ringkas hasil kajian lebih dua tahun.
.
Menggunakan konsep pembiasan pada sudut tepat, ia membuatkan cahaya objek atau individu yang berada dibelakang pelindung itu terbias jauh sebelum ia dipancarkan kepada mata si pemerhati.
Mempunyai ketebalan dua inci, pelindung itu mudah dibawa kemana sahaja menjadikan ia sangat berguna untuk kegunaan tertentu.
.
Tambah lagi, ia mampu berfungsi dengan baik jika diletakkan pada latar belakang yang sekata dan tidak bergerak seperti padang, pantai, bangunan atau jalanraya.
Sehingga kini, syarikat berkenaan sudah menerima lebih ratusan tempahan awal dan akan dihantar kepada penerima pada Disember depan.
Sumber: [1]