Netizen Tertanya-Tanya Macam Mana Motor Skuter Ini Boleh Tergantung Atas Kabel Elektrik?

Sebuah klip video yang tular di media sosial telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak selepas ia memaparkan sebuah motosikal jenis skuter tergantung atas kabel elektrik.

netizen tertanya-tanya macam mana motor skuter ini boleh tergantung atas kabel elektrik?

Kejadian berlaku di bandar Jammu, India itu menunjukkan beberapa penduduk lalu lalang sedang merakam gambar skuter tersebut, sambil menimbulkan rasa hairan bagaimana kenderaan itu boleh tergantung disitu.

netizen tertanya-tanya macam mana motor skuter ini boleh tergantung atas kabel elektrik?

Menurut komen, ada netizen yang beranggapan skuter itu tergantung disitu kerana kejadian ribut yang berlaku beberapa hari yang lalu.

 

Namun tiada individu yang boleh mengesahkan perkara tersebut.

 

 

Video skuter yang tergantung di atas kabel elektrik ini telah menjadi tular dan mencuri perhatian ramai di media sosial.

 

Anda rasa sebab apa ia tergantung disitu?

 

Sumber: Twitter