Pelakon Ini Terpaksa Google Umur Sendiri Akibat Terlupa Usia Sebenar

Seorang pelakon, penyanyi dan juga model terkenal dari Indonesia, Ariel Tatum, terpaksa melakukan carian Internet gara-gara terlupa usianya yang sebenar.

pelakon ini terpaksa google umur sendiri akibat terlupa usia sebenar

Pemilik nama asal Ariel Putri Tari pada mulanya menyangka usianya kini adalah 26 tahun. Namun selepas melakukan carian Internet, barulah dia mengetahui usianya yang sebenar iaitu 24 tahun.

 

“Saya betul-betul ingat umur saya 26 tahun pada bulan November ini,” tulis Ariel di Instagram Story miliknya.

pelakon ini terpaksa google umur sendiri akibat terlupa usia sebenar

Pelakon itu turut merasa hairan bagaimana boleh terlupa akan usia sebenarnya, sambil menyifatkan ia sebagai satu perkara yang lucu.

 

Menurut carian Internet, Ariel lahir di Jakarta paa tahun 1996 akan mencapai usia 25 tahun pada 8 November ini.

 

Sumber: Suara.com