Pelajar Ngeri Jumpa Kepala Tikus Dalam Nasi Kantin Tapi Pihak Sekolah Kata Kepala Itik?

Seorang pelajar berdepan detik ngeri apabila menjumpai satu bendasing dalam mangkuk nasi dari kantin sekolahnya.

pelajar ngeri jumpa kepala tikus dalam nasi kantin tapi pihak sekolah kata kepala itik?

Insiden itu yang menimbulkan kontroversi dikenali sebagai ‘Rat Head Gate’, berlaku di China baru-baru ini.

 

Kejadian yang berlaku di kantin Kolej Teknikal Vokasional Industri Perdagangan Jiangxi, Nanchang, China, bagaimanapun dinafikan pihak pengurusan sekolah.

 

Ketika kejadian, pelajar itu sedang menikmati makan tengah harinya sebelum terjumpa bendasing yang difikirnya adalah kepala tikus dan kemudian dirakam menggunakan telefon bimbit.

 

 

Pihak sekolah dan kantin mendakwa ia adalah kepala itik dan boleh serta selamat untuk dimakan.

 

Kontroversi yang berlaku itu telah menjadi tular di media sosial, hinggakan pihak sekolah memberi amaran supaya pelajar tidak membincangkannya menerusi Internet.

 

Seorang penulis blog menulis;

“Menemui kepala tikus semasa makan bukanlah bahagian yang paling menakutkan. Apa yang benar-benar menakutkan adalah orang ramai melihat dengan jelas kepala tikus tetapi mereka berkeras untuk mendakwa ia sebagai leher atau kepala itik. Jika ia benar-benar kepala tikus, adalah lebih baik untuk mengakuinya.”

 

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda lihat ia sebagai kepala itik atau kepala tikus?

 

Sumber: Oddity Central