Pecah Rekod Dunia 292 Kali Tonton Spider-Man: No Way Home

Seorang peminat filem superhero dari Florida, Amerika Syarikat berjaya mencipta rekod dunia selepas menonton filem Spider-Man: No Way Home di pawagam sebanyak 292 kali, atau bersamaan 720 jam.

pecah rekod dunia 292 kali tonton spider-man: no way home

Ramiro Alanis sebelum ini juga pernah memahat nama dalam buku rekod dunia pada 2019 kerana menonton filem Avengers: Endgame sebanyak 191 kali.

.

Bagaimanapun rekod yang dimilikinya itu dirampas Arnaud Klein yang menonton filem Kaamelott: First Instalment sebanyak 204 kali.

.

Kini Alanis berjaya merampas takhta itu setelah 292 kali menonton filem Spider-Man itu antara 16 Disember 2021 hingga 15 Mac 2022. Jumlah tertinggi itu katanya akan memastikan gelarannya kekal selamat.

pecah rekod dunia 292 kali tonton spider-man: no way home

“Jika sesiapa mahu memecahkan rekod saya lagi, saya mahu mereka berfikir dua kali sebelum mencubanya,’’ katanya kepada Guinness.

.

Bagi memecahkan rekod itu, Alanis perlu berada kekal pada tempat duduknya dalam pawagam dan memberi sepenuh perhatian kepada skrin sepanjang filem itu ditayangkan. Dia juga tidak dibenarkan untuk ke tandas atau melihat telefon bimbit semasa tayangan.

pecah rekod dunia 292 kali tonton spider-man: no way home

Untuk rekod dunia itu, Alanis telah membelanjakan kira-kira AS$3,400 (RM14,400) bagi membeli tiket wayang.

.

Sumber: [1]