Bahaya! Wanita Patah Rusuk Akibat Terbatuk Lepas Makan Pedas

Pernahkah anda terbatuk tiba-tiba ketika sedang menikmati makanan pedas?

bahaya! wanita patah rusuk akibat terbatuk lepas makan pedas

Tahukah anda, seorang wanita dilaporkan patah empat tulang rusuknya kerana tersedak selepas memakan makanan pedas.

 

Kejadian berlaku di Shanghai selepas wanita yang terlalu kurus dikenali sebagai Huang batuk dengan kuat akibat tersedak memakan makanan pedas.

 

Akibat itu, beliau terdengar bunyi retakan pada dadanya, dan dengan serta merta beliau mengalami kesakitan apabila bernafas serta bercakap.

bahaya! wanita patah rusuk akibat terbatuk lepas makan pedas

“Pada mulanya, saya fikir ia adalah strok. Saya tidak menjangka ia akan menyakitkan seteruk ini sehingga saya tidak boleh berjalan.

“Doktor memberitahu, rusuk saya boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit. Tiada otot untuk menyokong tulang, jadi mudah untuk tulang rusuk saya patah apabila batuk,” kata Huang.

 

Susulan kejadian, doktor menasihatkan Huang untuk meningkatkan kekuatan tulangnya kerana beliau berisiko untuk mengalami masalah tulang patah jika tidak dirawat segera.

 

Wanita itu mempunyai ketinggian 171 cm dengan berat 57kg serta bentuk tubuh badan yang sangat kurus.

 

 

Sumber: Utusan