Beza Tinggi Luar Biasa, Pasangan Kembar Ini Cipta Rekod Dunia

Pasangan kembar dari Jepun telah mencipta rekod dunia apabila memiliki perbezaan ketinggian luar biasa iaitu 75 sentimeter.

beza tinggi luar biasa, pasangan kembar ini cipta rekod dunia

Yoshie dan adiknya Michie Kikuchi dari Okayama, Jepun adalah saudara kembar perempuan yang memiliki perbezaan ketinggian terbesar dalam hidup pasangan kembar bukan seiras.

 

Perbezaan ketinggian terbesar itu mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness kerana lazimnya kembar mempunyai ketinggian yang hampir atau lebih kurang sama.

beza tinggi luar biasa, pasangan kembar ini cipta rekod dunia

Mereka yang berusia 33 tahun kelihatan berbeza antara satu sama lain dari segi rupa paras dan ketinggian. Yoshie mempunyai ketinggian 162.5 sentimeter, manakala Michie pula hanya 87.5 sentimeter.

 

Perkongsian itu dibuat Rekod Dunia Guinness (GWR) menerusi akaun Twitter rasmi mereka.

beza tinggi luar biasa, pasangan kembar ini cipta rekod dunia

"Rekod baharu: Perbezaan ketinggian terbesar dalam hidup kembar bersaudara (perempuan) 75 sm antara Yoshie dan Michie Kikuchi (Jepun).

"Walaupun berbeza, Yoshie dan Michie kekal sebagai adik-beradik yang paling rapat," tulis GWR dalam ciapan di Twitter.

Menurut kenyataan GWR, pasangan kembar itu dilahirkan hasil persenyawaan dua telur berasingan yang dilahirkan pada 15 Oktober 1989. Yoshie dilahirkan normal manakala Michie pula dilahirkan dengan gangguan tulang yang menghalangnya untuk membesar, disebut sebagai congenital spinal epiphyseal dysplasia (SEDC).

beza tinggi luar biasa, pasangan kembar ini cipta rekod dunia

Kini Yoshie telahpun bergelar ibu manakala kembarnya Michie tinggal di rumah ibubapanya.

 

Sumber: GWR