Panik Bila Ular Tiba-Tiba Muncul Dari Bonet Depan Masa Memandu!

Apa yang anda akan lakukan sekiranya terlihat seekor ular sedang merayap keluar daripada bonet hadapan kereta anda dalam keadaan kereta itu sedang bergerak laju?

panik bila ular tiba-tiba muncul dari bonet depan masa memandu!

Pasti ramai antara kita yang akan berasa panik serta cemas apabila berhadapan dengan situasi itu, namun itu yang benar-benar terjadi kepada pasangan ini ketika mereka sedang memandu.

 

Insiden berlaku di Australia selepas pasangan Kerry Jenkins sedang memandu pulang ke rumah di Forster daripada Darlington Beach dekat New South Wales.

panik bila ular tiba-tiba muncul dari bonet depan masa memandu!

Semasa sedang berada dalam keadaan bersama suami dan anaknya, tiba-tiba sahaja seekor ular berwarna hijau muncul daripada bonet hadapan kenderaan mereka.

Jenkins yang panik melihat ular tersebut tidak berani untuk memberhentikan kenderaan dan risau kalau-kalau ular itu mendatangkan bahaya kepada mereka.

 

Mereka cuba untuk menarik keluar ular terbabit, namun ia dikatakan telah melarikan diri ke bahagian dalam enjin kereta.

 

Menerusi video yang tular, Jenkins berkata ular itu ditemui pada bahagian bawah kenderaan mereka pada keesokkan hari.

 

Sumber: UPI