Kewujudan makhluk asing merupakan fenomena yang menarik minat ramai dalam kalangan masyarakat di dunia. Keberadaan makhluk ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan kajian sains bagi mengenal pasti sifat serta tujuan kedatangan mereka ke Bumi.
Pakar dan pengkaji UFO, Dr Garry Nolan mendedahkan makhluk asing atau disebut sebagai ‘alien’, memang benar wujud dan telah hidup sebagai sebahagian daripada kita.
Beliau yang juga pernah bekerja dalam kerajaan Amerika Syarikat serta CIA, dan kini bekerja di School of Medicine di Universiti Stanford telah menjalankan pelbagai kajian mengenai kewujudan makhluk asing ini.
Menerusi satu persidangan yang diadakan di New York baru-baru ini, Dr. Nolan mendakwa makhluk asing adalah ‘100 peratus diantara kita’ dan kemungkinan mereka pernah melawat Bumi juga adalah 100 peratus, katanya.
Ekoran daripada dakwaan itu, beliau diminta untuk memberikan bukti kukuh tentang kewujudan ‘alien’ dan Dr. Nolan menjawab, “Pergi dan lihat apa yang Kerajaan Amerika Syarikat (AS) lakukan.”
Dr. Nolan juga diajukan soalan mengenai rupa ‘alien’ ini yang katanya wujud antara manusia.
“Saya fikir ia (makhluk asing) adalah satu bentuk kecerdasan canggih yang menggunakan beberapa jenis perantara.
“Bukannya mereka berjalan di kalangan kita dengan memakai sut kulit.
“Mereka muncul dan berkata siapa di antara kamu yang cukup bijak untuk menyedari apa yang sedang kamu lihat. 'Bolehkah anda melihat apa yang ada di hadapan anda? Bolehkah anda melihat titik data anomali?'
“Saya tidak bimbang mereka datang menyerang manusia atau mengambil wanita dan anak-anak kecil.
"Itu bukan kebimbangan saya - kebimbangan saya ialah bagaimana kita menggunakannya."
Dr Nolan juga berkata beliau mengenali orang yang bekerja pada program ‘reverse engineering’ untuk mereka semula pesawat asing yang "terjatuh", yang mana katanya ia sesuatu yang tidak pernah disahkan atau dinafikan oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
Sumber: Daily Star