Pakar Sahkan Video UFO Berapi di Langit Kanada Adalah Benar, Bukan Edit

Beberapa pakar menganalisa rakaman video yang memaparkan objek terbang tidak dikenali (UFO) berapi di langit Quebec, Kanada, adalah benar-benar berlaku.

pakar sahkan video ufo berapi di langit kanada adalah benar, bukan edit

Menurut ahli astronomi dan pereka kesan video, Marc D’Antonio berkata, objek berkenaan bukanlah suntingan video kesan khas, sebaliknya ia benar-benar belaku tanpa mengira ia adalah UFO atau sebaliknya.

 

Video itu tular selepas sebuah keluarga di Quebec melihat objek berkenaan terbakar di langit pada 2018, ketika mereka sedang membuat rakaman menggunakan kamera pada waktu siang.

 

@sfk200 OVNI en Quebec Canadá 2021 #ovni #alien #extraterrestres #ufo #ufoキャッチャー #ufosky #canada #sky #space #nasa #conspiracion #conspirancytheory #antigravi ♬ sonido original - SFK2

 

Tambah penganalisis penerbangan dan ketenteraan, Tim McMillan, objek yang terbakar dilangit itu mempunyai permukaan pantulan yang sangat kuat, hampir kelihatan seperti cermin.

 

Katanya, cahaya matahari yang memantulkan pada objek itu mungkin menyebabkan ia kelihatan seperti terbakar. Tambah lagi, UFO itu hampir menyerupai belon mylar yang berwarna perak serta berkilat.

pakar sahkan video ufo berapi di langit kanada adalah benar, bukan edit

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi dibuat mengenai kewujudan objek aneh itu.

 

Sumber: The Sun