Pakar-pakar diminta untuk mencari jalan dan idea untuk memadamkan api di sebuah kawah yang mengandungi api dan dikenali dengan nama ‘Pintu ke Neraka’.
Terletak di Gurun Karamum iaitu kira-kira lebih 256 kilometer ke utara ibu kota Ashgabat, Turkmenistan, cadangan untuk memadamkan api itu diutarakan oleh presidennya sendiri dalam satu ucapan baru-baru ini.
Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov berkata, pembakaran berterusan dalam kawah itu telah menyebabkan kesan negatif kepada persekitaran dan kesihatan penduduk yang tinggal berdekatan dengannnya.
Kawah itu yang juga disebut sebagai kawah gas Darvada sudah mula terbakar sejak tahun 1971 lagi. Ia dilaporkan secara tidak sengaja terbakar ketika kerja-kerja penggalian dibuat Kesatuan Soviet lebih empat dekad lalu, hingga mengenai kawasan gas semula jadi sekaligus mengakibatkan muncul api dalamnya.
Bagaimanapun kawah yang mempunyai kedalaman 20 meter dan selebar 70 meter itu telah menjadi daya tarikan pelancong di negara berkenaan.
Pun begitu, kawah api buatan manusia itu memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan pakar-pakar kini diminta untuk tampil memberikan cadangan dan idea bagi memadamkannya.
Sumber: [1]