Oyen Pasrah Muka Jadi ‘Model’ Solekan Budak Perempuan [Video]

Seekor kucing dilihat tenang dan pasrah apabila wajahnya disolek oleh seorang kanak-kanak perempuan di Indonesia.

oyen pasrah muka jadi ‘model’ solekan budak perempuan [video]

Menerusi laporan oleh portal Liputan6, video yang dimuatnaik menerusi akaun Tiktok @ind_ri0 menunjukkan seorang budak perempuan leka menyolek wajah kucing berwarna oren yang diletakkan atas sebuah kerusi plastik.

 

Kanak-kanak perempuan itu juga dilihat leka memilik warna solekan yang ingin digunakan pada haiwan berkenaan.

oyen pasrah muka jadi ‘model’ solekan budak perempuan [video]

Lebih menarik, kucing yang popular dengan panggilan ‘Oyen’ itu juga tenang dan tidak melawan apabila wajahnya menjadi model solekan kanak-kanak berkenaan.

oyen pasrah muka jadi ‘model’ solekan budak perempuan [video]

 

@ind_ri0

mana meng nya diem aja 😭

♬ Pesan Terakhir X Trauma - Reza Zulfikar

 

Video itu menjadi tular menerusi media sosial dan mendapat perhatian netizen menerusi ruangan komen.

 

Sumber: Tiktok