Objek Misteri Dirakam Terapung Di Langit Pakistan

Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) telah berjaya dirakamkan berlegar-legar di ruang udara bandar raya Islamabad sekitar dua jam.

objek misteri dirakam terapung di langit pakistan

Video yang dirakam seorang lelaki di Pakistan, Arslan Warraich, di daerah DHA 1, dengan gambar dari pelbagai sudut yang jelas.

 

Menurut lelaki berusia 33 tahun itu, beliau membuat rakaman selama 12 minit dengan berpuluh gambar dirakam sambil memantaunya selama dua jam.

objek misteri dirakam terapung di langit pakistan

“Pada pandangan mata kasar, ia kelihatan seperti seketul batu hitam berbentuk bulat. Namun, selepas menggunakan fungsi zoom, saya dapat melihat objek berbentuk tiga segi serta terdapat satu bonjolan jelas di bahagian atas UFO tersebut menuju ke arah belakang.

“Ia berwarna hitam dan tidak mempunyai bahagian tepi yang tajam. Ia juga tidak memantulkan terlalu banyak cahaya serta tiada cahaya yang terpancar daripadanya,” kata Arslan.

objek misteri dirakam terapung di langit pakistan

Gambar dan video itu kemudian dikongsikan Arslan di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet. Sehingga kini, masih belum diketahui apakah sebenarnya objek tersebut.

 

Sumber: [1]