Pelajar Terkejut Lihat Objek Mirip UFO Terhempas Luar Kawasan Universiti

Pelajar di sebuah universiti dekat Madrid, Sepanyol dikejutkan dengan kejadian sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) terhempas di luar bangunan institusi pengajian tersebut.

pelajar terkejut lihat objek mirip ufo terhempas luar kawasan universiti

Menurut laporan, objek yang menyerupai kapal angkasa itu ditemui di perkarangan kawasan Fakulti Sains Alam Sekitar, Universiti Alcala, pada 23 Oktober lalu.

 

Beberapa video objek terbang itu turut tular di media sosial, menunjukkan asap naik ke ruang udara ketika orang ramai cuba menghampirinya.

 

Menerusi imej yang tular, objek tersebut mempunyai bentuk seakan antena televisyen pada bahagian atasnya.

pelajar terkejut lihat objek mirip ufo terhempas luar kawasan universiti

Malah, turut kelihatan beberapa orang berpakaian sut hazmat berada di lokasi berkenaan bagi memeriksa objek berkenaan.

 

Perkara itu turut disahkan pihak universiti, namun mereka enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

pelajar terkejut lihat objek mirip ufo terhempas luar kawasan universiti

“Anda bertanya kepada kami, namun kami tidak mengetahui apakah objek tersebut. Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan memberitahu kepada anda sejurus mendapat maklumat mengenainya,” kata seorang jurucakap universiti.

 

Sumber: Kosmo!