Kecoh Di Media Sosial, Netizen Dakwa Dengar Bunyi Aneh Dari Langit

Sejak kelmarin, kecoh di media sosial selepas beberapa individu mendakwa ada terdengar bunyi aneh yang dipercayai datang daripada langit.

kecoh di media sosial, netizen dakwa dengar bunyi aneh dari langit

Menurut beberapa hantaran yang tular, bunyi aneh yang kedengaran sekitar jam 1 hingga 3 pagi itu bukanlah daripada guruh mahupun objek lain, hingga mendatangkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

 

@faizrazmi RAKAMAN VIDEO SUARA ANEH JAM 1-3 PAGI TADI Walau dari mana datangnya suara tu, pasti ada sesuatu yg Allah dah rancang. Percaya dengan ketentuan qada dan qadar. Even ada yg komen ‘risau takut kiamat’. Usah fikirkan bila akan berlaku, tapi fikirlah adakah amal kita sudah cukup 😢 Selamat mendengar dan selamat beramal. (ini rakaman video dari tingkat bawah. Tapi qayra dari tingkat atas. Mmg dengar real ngauman tu berulang-ulang kali dari jam 1 hingga 3 pagi tadi) Hk komen pelik2 tu terpulang lah. Atleast bukan qayra sorang je dengar🙏🏻🙏🏻 YANG PASTINYA KALAU DENGAR SECARA LIVE LAGI JELAS DAN MENAKUTKAN#fypシ゚viral #fypシ゚viral #bunyianeh #darilangit #ramadahan ♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

 

 

 

 

 

 

kecoh di media sosial, netizen dakwa dengar bunyi aneh dari langit

Untuk rekod, sekitar tahun 2012, bunyi aneh seperti dengkuran dari kaki langit yang tidak diketahui puncanya pernah juga kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak hingga mengegarkan banyak kampung sekitar.

Insiden yang sama pernah terjadi di beberapa negara barat beberapa tahun yang lalu yang mana beberapa penduduk di Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada melaporkan ada terdengar bunyi seperti tiupan trompet.

 

Bagaimanapun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) berkata bunyi aneh itu adalah terhasil daripada fenomena alam yang biasa.

 

Sumber: Facebook / Tiktok