Hasrat seorang warga emas berusia 100 tahun akhirnya tercapai selepas dia ‘diberkas’ polis pada majlis sambutan hari lahirnya.
Memetik laporan LadBible, wanita bernama Jean Bickenton itu dikatakan mempunyai hasrat yang belum ditunaikan selama ini, iaitu diberkas polis.
Demikian, semasa hari lahirnya yang ke-100, sepasukan polis telah ‘dikejarkan’ ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care demi menunaikan hasrat wanita itu.
“Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya,” katanya yang juga pernah berkhidmat sebagai jururawat tentera.
Kongsi Bickenton lagi, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah mabuk, ditahan atau melanggar mana-mana undang-undang.
Dalam pada itu, polis negeri Victoria berkata mereka teruja untuk menjadikan hasrat wanita itu satu kenyataan selepas mendapat tahu tentangnya.
Sebaik saja tiba di kemudahan jagaan warga emas tersebut, pihak polis memberitahu penghuni lain yang ia sebenarnya adalah rancangan sambutan hari lahir untuk memastikan tiada sebarang masalah akan timbul.
“Menurut Bickenton, ia merupakan satu daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang terhebat. Kami rasa berbangga kerana dapat membantu menjadikan impiannya satu kenyataan.”
Sumber: LadBible