Nelayan Bingung Jumpa Anak Ikan Jerung Mirip Wajah Manusia

Siapa sangka ikan jerung yang disangka biasa, rupanya mempunyai wajah aneh yang menyerupai seorang manusia.

 
Menurut nelayan yang menemui anak ikan itu, Abdullah Nuren berkata, beliau pada mulanya secara tidak sengaja menangkap ikan jerung dewasa pada jaring yang dipasangnya dekat Rote Ndao, di wilayah Nusa Tenggara Timur.

nelayan bingung jumpa anak ikan jerung mirip wajah manusia

Ketika membelah perut haiwan itu, dia menemui tiga ekor anak ikan jerung yang mana salah satunya menyerupi wajah manusia dengan dua mata bulat yang besar.

nelayan bingung jumpa anak ikan jerung mirip wajah manusia
 
“Pada mulanya, saya menjumpai seekor ikan jerung dewasa terperangkap dalam jaring.
“Keesokan harinya, saya membelah perut ibu ikan itu bagi mengeluarkan usus dan mendapati tiga ekor anak ikan jerung di dalamnya.
“Dua seperti ibunya namun seekor anak ikan jerung itu kelihatan seperti mempunyai wajah manusia,” katanya.

 
Beliau kemudian membawa anak ikan itu ke rumah sebelum diawetkan.

nelayan bingung jumpa anak ikan jerung mirip wajah manusia
 
Menurut Abdullah lagi, terdapat beberapa individu yang berminat untuk membeli anak ikan tersebut, namun beliau terpaksa menolak kerana mahu menyimpan ia dan merasakan penemuan anak ikan berwajah aneh itu membawa tuah kepadanya.
 

Sumber: Daily Mail