Nelayan Berdepan Detik Menakutkan Dikejar Makhluk Laut Mata Menyala

Seorang nelayan di Brazil berdepan dengan detik menakutkan dan cemas dalam hidup apabila dikejar satu makhluk misteri dengan mata menyala ketika keluar menangkap ikan di laut.

nelayan berdepan detik menakutkan dikejar makhluk laut mata menyala

Menurut laporan, nelayan itu memecut botnya dengan laju di perairan Rio Grande do Soul, negeri selatan Brazil.

 

Dalam video berdurasi 47 saat yang tular di media sosial itu, makhluk tersebut kelihatan panjang, berwarna hitam dan matanya menyala, sedang mengejar nelayan tersebut.

 

Ia juga dilihat berenang dan menyelam beberapa kali ketika sedang mengejar mangsanya.

Beberapa pengguna media sosial yang melihat klip berkenaan turut mempersoalkan apakah sebenarnya makhluk itu.

 

Sumber: [1]