Nelayan Bakal Jutawan Lepas Mahu Jual 30kg Muntah Ikan Paus

Bukan semua orang mampu untuk menjadi jutawan dalam sekelip mata. Ia mungkin melibatkan puluhan tahun dengan usaha yang sangat luarbiasa bagi membolehkan kita menjadi jutawan.

 

Namun rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada yang menjadi jutawan dengan sekelip mata dengan menjual barang atau bahan unik yang ditemuinya.

 

Sama kisahnya dengan nelayan dari Thailand ini yang akan menjadi jutawan segera selepas menjual muntah ikan paus yang ditemuinya baru-baru ini.

nelayan bakal jutawan lepas mahu jual 30kg muntah ikan paus

Narong Petcharat telah menemui 30 kilogram muntah ikan paus di pantai Surathani dengan nilai semasa mencecah USD 900,000 atau RM3,744,450!

 

Muntah ikan paus yang dijumpai oleh beliau selepas pulang dari memancing, kelihatan bagaikan aiskrim berwarna merah jambu, terapung pada permukaan laut.

nelayan bakal jutawan lepas mahu jual 30kg muntah ikan paus

Beliau segera memeriksa objek tersebut bagi melihat sama ada ia mempunyai nilai untuk dijual atau sebaliknya. Beliau pada awalnya tidak yakin dengan objek itu, membawa ia pulang untuk ditunjukkan kepada jiran di rumah.

 

Alangkah terkejutnya beliau apabila objek aneh itu rupanya muntah ikan paus yang sangat bernilai tinggi, juga disebut sebagai ‘Amber of the Sea’ yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi ekslusif.

 

Bagi memastikan ketulenan muntah ikan paus yang ditemuinya, beliau turut mendapat sijil pengesahan dari Price Songkla University.

nelayan bakal jutawan lepas mahu jual 30kg muntah ikan paus

Hingga kini, beliau juga masih menantikan individu atau mana-mana organisasi yang berminat untuk membeli muntah ikan paus yang bernilai RM3,744,450 itu.

 

Sumber: [1]