NASA Teroka Asteroid Yang Boleh Buat Semua Orang Di Bumi Jadi Billionair

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan mereka akan menjalankan misi meneroka kumpulan batu asteroid tahun hadapan.

nasa teroka asteroid yang boleh buat semua orang di bumi jadi billionair

Menurut agensi itu, asteroid yang akan diteroka itu mempunyai nilai mencecah £8,000 quadrillion atau jika ditulis dalam angka 8,000,000,000,000,000, cukup membuatkan semua penduduk Bumi kaya raya.

 

Misi yang disebut sebagai ‘Misi Psyche’ ini bertujuan untuk meninjau asteroid Psyche yang kaya dengan logam sepanjang 140 batu yang mengorbit Matahari antara Marikh dan Musytari.

nasa teroka asteroid yang boleh buat semua orang di bumi jadi billionair

Menurut Makmal Jet Propulsion NASA, asteroid itu unik kerana ia kelihatan sebagai teras besi nikel planet terawal, iaitu salah satu 'blok binaan' sistem suria kita.

 

The Psyche terdiri daripada bahan serupa yang terdapat di teras Bumi, dengan Forbes melaporkan bahawa teras ini dianggap mengandungi besi, nikel dan emas bernilai $10,000 kuadrilion (£8,000 kuadrilion).

nasa teroka asteroid yang boleh buat semua orang di bumi jadi billionair

Malah jika sesiapa boleh melombong asteroid itu, kekayaan yang terhasil juga akan 'menghancurkan ekonomi Bumi'.

 

Misi ini disasarkan akan dilancarkan pada tarikh 10 Oktober 2023.

 

Sumber: Ladbible