NASA Bakal Bina Rumah di Bulan Menjelang Tahun 2040

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang akan membina penempatan di permukaan bulan menjelang tahun 2040.

nasa bakal bina rumah di bulan menjelang tahun 2040

Menurut laporan, agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu memberi peruntukan mencecah hampir RM300 juta kepada sebuah syarikat teknologi pembinaan, ICOM untuk merealisasikan cadangan tersebut.

 

Untuk itu, NASA akan melancarkan mesin pencetak gergasi tiga dimensi (3D) ke bulan dan menggunakan konkrit bulan yang diperbuat daripada batu, serpihan mineral dan habuk sebagai struktur rumah disitu.

nasa bakal bina rumah di bulan menjelang tahun 2040

NASA juga akan berkerjasama dengan beberapa universiti dan syarikat swasta untuk membina pintu, jubin dan perabot yang sesuai digunakan di bulan.

 

Selain bulan, NASA juga merancang membina penempatan di Marikh yang boleh didiami oleh manusia.

 

Sumber: MailOnline