Takut Salah Eja Masa Tulis, “Macam Mana Sebut Nama Nombor 19 Ni?” – Guru

Nama merupakan panggilan unik yang ada pada setiap individu, bagi membezakan kita dengan orang sekeliling.

 

Semakin hari, nama seseorang individu itu dilihat semakin unik, dengan ejaan luarbiasa dan sebutan yang mungkin sukar diungkap.

 

Tular hantaran di media sosial Twitter satu senarai nama pelajar yang dikatakan amat sukar untuk dieja, apatah lagi disebut.

takut salah eja masa tulis, “macam mana sebut nama nombor 19 ni?” – guru

Hantaran gambar dan video itu dikongsikan seorang guru di Indonesia, dengan menunjukkan senarai nama pelajarnya.

 

Nama-nama yang dipaparkan itu kelihatan agar panjang dan unuk bagi nama masyarakat disitu.

 

“Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis,” demikian menurut keterangan video tersebut.

 

Dalam video yang dikongsikan, guru tersebut bertanya cara menyebut salah satu nama dalam senarai berkenaan.

 

“Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu.

“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama itu dengan lancar.

 

Guru berkenaan cuba mengeja kembali nama pelajarnya itu dengan perlahan sambil berkata, “Namanya susah sangat!”

 

 

Hantaran itu menjadi tular di media sosial dengan meraih pelbagai reaksi dan komen daripada warganet.

 

Sumber: Twitter kegblgnunfaedh