Pemandu Myvi Ini Tular Tunjuk Kad Ucapan Masa Tukar Lorong [Video]

Memotong atau menukar lorong adalah salah satu gerakan yang mungkin mencabar bagi pemandu, dan ia selalunya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini jika dilakukan secara tidak betul.

 

Walaupun tidak wajib untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi laluan, pemandu Myvi ini bertindak bijak dengan menghulurkan kad ucapan setiap kali dia memotong lorong.

pemandu myvi ini tular tunjuk kad ucapan masa tukar lorong

Menerusi video yang tular dari laman Facebook We are Malaysians, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilihat mahu menukar lorong dan ditayangkan satu kad tertulis “Please, Mohon laluan.”

 

Selepas berjaya menukar lorong, pengguna Myvi itu kemudian memutar kad pada arah bertentangan yang tertulis “Thank You”, sebagai tanda terima kasih kerana membenarkannya menukar lorong.

pemandu myvi ini tular tunjuk kad ucapan masa tukar lorong

Tonton video penuh disini:

 

Sumber: Facebook We are Malaysians