Murid Hubungi Panggilan Kecemasan 911 Sebab Nak Balik Awal Dari Sekolah

Seorang pelajar berusia 11 tahun telah ditahan gara-gara membuat panggilan palsu mengenai kejadian tembakan di sekolah.

murid hubungi panggilan kecemasan 911 sebab nak balik awal dari sekolah

Kejadian berlaku pada Selasa lalu di Florida, Miami, selepas pelajar itu membuat laporan palsu mengenai tembakan besar-besaran menggunakan telefon bimbit, sekitar jam 9.40 pagi.

 

Berdasarkan panggilan itu, seorang individu yang dikenalpasti sebagai pelajar berusia 11 tahun, menelefon 911 memaklumkan pihak berkuasa kononnya ada kejadian tembakan berlaku di lorong sekolahnya.

 

Susulan laporan itu, seluruh sekolah kemudiannya telah ditutup untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan tugas. Bagaimanapun selepas pencarian intensif dibuat, tiada lelaki bersenjata atau senjata ditemukan dan tiada kecederaan dilaporkan.

 

Selepas pemindahan, semua pelajar kembali ke kelas masing-masing dan detektif mengesan panggilan palsu itu dibuat oleh seorang pelajar di sekolah berkenaan.

 

Pelajar tersebut bagaimanapun menafikan perbuatannya dan mendakwa telah meninggalkan telefon dan beg galasnya di klinik sekolah.

 

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa seorang lagi budak lelaki telah mengambil kesempatan dengan menggunakan telefon bimbit rakannya itu untuk melakukan panggilan berkenaan. Difahamkan, pelajar itu bertindak sedemikian kerana mahu pulang sekolah lebih awal daripada kebiasaannya.

 

Akibat daripada tindakannya itu, pelajar berkenaan telah ditahan dan dibawa ke penjara Marion County untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: NDTV