Mumia Berusia 1,500 Tahun Ditemui Pakai “Kasut Adidas”, Cetus Teori Perjalanan Masa

Perjalanan masa merujuk kepada kemampuan untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang dalam garis waktu. Ini merupakan konsep dalam sains fiksyen yang melibatkan penggunaan teknologi atau kuasa aneh untuk melintasi garis masa dan melawat tempoh yang berbeza.

 

Ahli sejarah kuno dan ahli konspirasi perjalanan masa terkejut apabila satu mumia berusia 1,500 tahun ditemui memakai "kasut Adidas".

mumia berusia 1,500 tahun ditemui pakai “kasut adidas”, cetus teori perjalanan masa

Pada tahun 2016, mayat seorang wanita yang telah diawetkan ditemui di dalam sebuah gua Mongolia yang terletak di dalam Pegunungan Altai.

 

Gua tersebut terletak kira-kira 2,800 meter di atas paras laut, dan mayat tersebut diawetkan dengan sangat baik, bersama-sama dengan sebuah cerek besi, balang tanah liat, dan mangkuk.

 

Ketinggian dan udara laut membantu untuk mengekalkan keadaan mayat tersebut, seperti yang dinyatakan oleh Pusat Warisan Budaya Mongolia.

mumia berusia 1,500 tahun ditemui pakai “kasut adidas”, cetus teori perjalanan masa

Namun, yang membangkitkan perdebatan warganet bukanlah keadaan mayat itu, sebaliknya kasut yang dipakai olehnya seakan daripada jenama kasut sukan yang sangat dikenali.

 

Melihat kepada kasut putih dengan jalur merah hitam dipakai mumia tersebut, ia sangat mirip kelihatan seperti sepasang kasut putih Adidas yang pernah dikeluarkan syarikat tersebut.

mumia berusia 1,500 tahun ditemui pakai “kasut adidas”, cetus teori perjalanan masa

mumia berusia 1,500 tahun ditemui pakai “kasut adidas”, cetus teori perjalanan masa

Seseorang menulis di Reddit: "Tunggu hingga Adidas tahu, mereka mungkin akan saman atas kesalahan pelanggaran hak cipta".

 

Seorang pakar fesyen, yang bercakap kepada media tempatan Siberian Times berkata: "Secara keseluruhannya, mereka kelihatan agak menarik dan bergaya - saya tidak keberatan memakainya sekarang dalam iklim sejuk.

"Jahitan berkualiti tinggi, jalur merah dan hitam yang cerah serta panjangnya, saya akan membelinya tanpa ragu."

 

Dilaporkan, mumia itu adalah juga seorang penjahit Turki yang membuat kasut pada kira-kira tahun 900.

 

Adakah ini satu suratan mahupun kebetulan?

 

Sumber: Daily Star